31 December 2011

Selamat Datang 2012... selamat tinggal 2011!

welcome 2012
Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2011 dan esok akan bermula tahun 2012. Sama-sama kita mengimbas kembali segala peristiwa yang telah berlaku sepanjang tahun ini. Peristiwa yang baik kita jadikan tauladan dan peristiwa yang kurang baik kita jadikan sempadan. Muhasabah diri atau Self reflection sentiasa dianjurkan untuk membaiki diri sendiri. Sebagai manusia yang waras kita akan sentiasa inginkan sesuatu yang lebih baik dalam hidup kita. Menuju kecemerlangan adalah yang terbaik.

Masa tidak akan menunggu sesiapa. Masa datang dan pergi. Masa yang berlalu akan menjadi sejarah dan tidak akan kembali lagi. Tahun 2012 akan menemui kita tidak berapa lama lagi. Sama-sama kita raikan tahun yang akan datang ini dengan segala kebaikan, segala kegembiraan, segala harapan dan segala kepositifan yang mungkin. Kongsikan tahun yang akan datang ini dengan mereka yang kita kasihi.

Make time for our loved ones... Make time for ourselves, make time for our lifepartners, make time for our children, make time for our parents, make time for our friends. Stop going through life with having NO TIME for anyone.. Sometimes not even ourselves!

Life is Great! We, from Kelab Prihatin Selangor would like to wish everyone A Very Happy New Year-Let's Celebrate Life!

Sehingga jumpa lagi

Faizah Bazid
Presiden

1 comment:

  1. Make time for us to be with ALLAH... kekadang kita sibuk mencari dan menambah pelbagai cabang ilmu dan seakan tidak seimbang dengan mencari ilmu.. kita mencari2 buku dan peluang untuk menghadiri seminar , membaca buku motivasi kerjaya dan pelbagai ... namun kekadang kita lupa dan seakan merasa cukup dengan ilmu akhirat yang kita pelajari semasa di sekolah.sahaja . Marilah kita bersama sama muhasabah diri adakah buku agama yang kita miliki sama banyaknya dengan buku lain... adakah majlis ilmu yang kita hadiri buat bekalan kita diakhirat nanti sama banyaknya masa kita luangkan dengan majlis Ilmu yang lain...

    Sama sama kita menuju Kearah kecemerlangan; menjadi hamba ALLAH yang CEMERLANG dunia dan akhirat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...