Suami : Malam ni nak dinner kat mana?
Isteri : Entah. Abang nak makan kat mana?
Suami : Terpulang. You decide lah.
Isteri : Tak tahu lah.... Abang nak makan kat mana?
Familiar dengan perbualan ini? Secara sedar atau tidak di dalam menjalani kehidupan, kita sebenarnya membuat keputusan setiap saat, minit, jam.... setiap waktu.
Bagaimana pulak KEPUTUSAN kita mengenai KEHIDUPAN. Adakah keputusan kita untuk menjadi orang biasa biasa atau untuk menjadi seorang yang CEMERLANG di dalam kehidupan. Adakah kita pernah membuat keputusan mengenai perkara tersebut?
Sekiranya keputusan yang kita buat terhadap diri kita sendiri adalah untuk menjadi seorang yang cemerlang baik sebagai ibu, bapa, anak, pekerja dan sebagainya... adakah kita mengambil langkah-langkah yang sepatutnya di dalam mencapai matlamat tersebut?
Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, sesungguhnya MASA berjalan dan akan terus berjalan dan tidak akan mungkin menunggu kita untuk membuat keputusan mengenai kehidupan kita.
Sekiranya CEMERLANG yang kita cari di dalam hidup ini, maka berdampinglah kita dengan orang-orang yang cemerlang.
Make effort to be with successfull people. Enjoy their company. Seperti hadis nabi : sekiranya kita berkawan dengan pembuat besi, maka percikan panas besi itu sedikit sebanyak akan terkena juga kepada kita, namun jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak wangian tersebut akan juga terkena kepada kita. Lebih kurang begitulah bunyinya.
Akhir kata untuk hari ini, buatlah KEPUTUSAN yang terbaik untuk diri kita!
Sehingga berjumpa lagi.
Faizah Bazid
Presiden Kelab Prihatin Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment