08 December 2011

Cabarannya... masalahnya!

Masalahnya ibubapa tak faham...
Cabarannya ibubapa kurang faham...

Masalahnya anak-anak ni tak mahu dengar nasihat...
Cabarannya anak-anak kurang memberi perhatian...

Biasa kita menggunakan kedua-dua perkataan di atas- Masalahnya-Cabarannya. Bila kita kerap menggunakan perkataan Masalah yang mempunyai konotasi negatif, kita sebenarnya masih terperangkap dengan situasi negatif yang dibawa oleh perkataan tersebut. Sebaliknya mari kita sama-sama mula menukar perkataan MASALAH kepada perkataan CABARAN yang membawa konotasi positif dan langsung melonjakkan kita ke situasi yang sangat positif dan penuh harapan!

Amalan yang sangat mudah kita praktikkan yang membawa aura positif di dalam kehidupan. Berhenti menggunakan perkataan Masalah dan beralih kepada Cabaran!!!

Selamat mencuba!

Sehingga berjumpa lagi...

Faizah Bazid
Presiden
Kelab Prihatin Selangor

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...