29 November 2011
Masa terus berlalu...
Masa itu EMAS... masa itu NYAWA... dan berbagai bagai label diberikan kepada MASA! Satu perkara yang pasti ialah masa akan terus berlalu.
3 sifat masa yang sangat penting untuk kita hayati ialah :
1) Masa Allah ciptakan selama 24jam sehari dan ia akan tetap menjadi 24jam sehari dan tidak 23jam atau 25 jam. Sifatnya TETAP.
2) Masa sifatnya berlalu dan terus berlalu. Ia tidak akan dapat diberhentikan atau diputar semula seperti didalam perlawanan bolasepak-boleh diulang tayang untuk memastikan sama ada bola telah masuk gol atau bola telah keluar dari sempadan. Masa tidak akan menunggu sesiapa jua.
3) Dan sesuatu yang telah berlaku di dalam kehidupan ini akan menjadi sejarah. Seperti di dalam simpanan memori komputer, ianya tersimpan sampai bila-bila.
Sempena menyambut tahun Hijrah yang baru ini Tahun Hijrah 1433 masihi, mari kita mengambil iktibar dari sifat masa tersebut di atas.
Lakukan yang terbaik di dalam hidup kita. Apa yang telah berlalu biarkan sahaja ia berlalu dan berazamlah kita untuk menjalani kehidupan yang lebih baik untuk hari-hari mendatang. Marilah kita berada di landasan POSITIF dan kekal berada di dalam lingkungan rangkaian rakan-rakan yang POSITIF.
Sehingga berjumpa lagi,
Faizah Bazid
Presiden Kelab Prihatin Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment