29 November 2011

Mendaki Bukit Broga... Aktiviti Riadah

Pengalaman Mendaki ni aku kongsikan bersama... walau aku bukan kaki panjat bukit namun bila Puan Presiden dan Jawatankuasa Promosi ajak ..(pompuan pulak tu), aku kata jom...hujung minggu kita pegi...

Kami sampai di tempat paking dalam jam 6.45pagi... pendakian bermula dari lorong kat ladang kelapa sawit tu menuju ke atas bukit, kat ladang ni jugak ada orang jual makanan dan minuman. Tapi hanya ada peniaga cina yang jual...dan juga terdapat satu-satunya bilik air berdinding zink yang boleh diintai dari luar..


Naik bukit dan melalui hutan kecil....lorong kat bukit ni licin sebab ramai sangat orang panjat kot...lepas tu curam dan nampak beberapa cerun yang runtuh. Masa tu terfikir jugak...bila le nak sampai kawasan berlalang macam dalam gambar nih. Setelah 15 minit jalan baru sampai kat tempat berlalang tuh...cabaran pertama adalah mendaki cerun yang hampir 80 darjah curamnya. kat sini baru terasa cabaran... macam gak buat kerja.. belum cuba belum tahu..

Kalau nak turun kena duduk dan mengengsot perlahan2. Nak naik pulak kena merangkak. Dah le ramai orang..kalau nak turun tu pun kena queue jugak coz turun dengan teramat perlahan sangat. Semacam pesta le kat situ jek. :) Kalau nak naik ikut tangga hasil tapak2 pendaki dulu2. Rasanya inilah part yang paling curam sekali. Terus ke puncak pertama. Lepas tu, dari situ baru nampak puncak2 lain yang perlu didaki dan nampak pemandangan yang indah kat bawah. Berehat sebentar kat puncak dan terus ke puncak ke 2.

Yg ni landai sikit tapi sebab perut lapar jadi terasa penat jugak le....jalan sambil makan biskut dan minum air. Dah le tak sempat nak beli jajan sumer, bawak sebungkus biskut yang berisi 3 keping biskut jek. Terasa kepala macam nak berputar jek...terus isi perut ngan biskut dan air. Kalau pengsan kat sini, tadak sape nak angkat bawak turun kangggg..... Kat puncak setiap bukit ni biasanya dah gondol dan menjadi tempat ambik2 gambar dan berhenti. Tapi tak boleh lama kat situ coz ramai sangat orang dan bermacam bau pun ada...bau sendiri pun ada jugak. He...he...


Dari puncak ke dua tu terus ke puncak ke tiga plak. Masa ni nampak orang dari atas bukit tu turun mengelongsor kat lalang yg dah rebah tu. Ramai jugak pendaki2 yang mencuba aktiviti ni sambil ambik gambar. Kalau nak mencuba boleh tapi nanti takut seluar kotor plak. Terus mendaki dan tiba kat batu besar pulak....kena naik guna tali untuk melepasi batu2 nih. Jangan risau....tali disediakan dan sikit je. Yang memberi inspirasi adalah anak kecik ku (Azri Iskandar) bereumur 5 tahun pun boleh daki tempat ni....iskkk....isk....tercabar betul nih. Mendaki sedikit saja dah jumpa puncak bukit broga ni dan sempat bergambar kat sign board ni. Dari sini jugak ada laluan ke Gunung Tok Wan tapi jauh lagilah...kami dah tak larat dah. Ada jugak pendaki yang meneruskan pendakian ke gunung ini. Lain kali lah...ni pun ambik masa lebih sejam nak naik..ini kan pulak nak mendaki terus ke gunung tok wan nih...ntah..ntah ada yang tak turun2 ni kang.


Tengah-tengah syok bergambar tetiba hujan turun mencurah.... Yahooo... jerit Puan Presiden....(teringat masa kecik main hujan ..katanya)Selepas bergambar2 di sana, kami turun balik. Turun nya mudah saja, cuma kalau cerun2 yang curam tu akan menyebabkan hujung kaki jadi sakit sebab nak menahan beban badan yg semakin bertambah. Memang kena pakai kasut sukan le kat sini sebab laluan tu licin dan cerun yang curam.

Dalam masa 35 minit kami alhamdulilah sampai di kaki bukit dengan selamat...Bukit Broga insyaalah kami akan daki lagi bersama rombonga ahli Kelab yang lain.

Masa terus berlalu...


Masa itu EMAS... masa itu NYAWA... dan berbagai bagai label diberikan kepada MASA! Satu perkara yang pasti ialah masa akan terus berlalu.

3 sifat masa yang sangat penting untuk kita hayati ialah :

1) Masa Allah ciptakan selama 24jam sehari dan ia akan tetap menjadi 24jam sehari dan tidak 23jam atau 25 jam. Sifatnya TETAP.

2) Masa sifatnya berlalu dan terus berlalu. Ia tidak akan dapat diberhentikan atau diputar semula seperti didalam perlawanan bolasepak-boleh diulang tayang untuk memastikan sama ada bola telah masuk gol atau bola telah keluar dari sempadan. Masa tidak akan menunggu sesiapa jua.

3) Dan sesuatu yang telah berlaku di dalam kehidupan ini akan menjadi sejarah. Seperti di dalam simpanan memori komputer, ianya tersimpan sampai bila-bila.

Sempena menyambut tahun Hijrah yang baru ini Tahun Hijrah 1433 masihi, mari kita mengambil iktibar dari sifat masa tersebut di atas.

Lakukan yang terbaik di dalam hidup kita. Apa yang telah berlalu biarkan sahaja ia berlalu dan berazamlah kita untuk menjalani kehidupan yang lebih baik untuk hari-hari mendatang. Marilah kita berada di landasan POSITIF dan kekal berada di dalam lingkungan rangkaian rakan-rakan yang POSITIF.

Sehingga berjumpa lagi,

Faizah Bazid
Presiden Kelab Prihatin Selangor

27 November 2011

What is our FOCUS

"FOCUS! FOCUS! FOCUS!" said my eldest daughter to her younger brother... while they were doing their Mathematics exercises.

Just like in Life-What is our FOCUS! Sering kita mendengar rakan-rakan merungut komplen tentang kerja di pejabat di sekolah di mana-mana jua. Tentang hal keadaan politik. Tentang cuaca. Tentang ekonomi. Tentang tak cukup duit dan sebagainya. Dalam "proses" kita merungut tersebut sebenarnya apakah FOCUS kita?

FOCUS on What you Want-NOT on what you Don't Want!

FOKUS hidup kita adalah ke atas perkara-perkara yang kita mahu di dalam hidup bukan ke atas perkara yang kita ingin hindarkan. Apabila kita memberi TUMPUAN kepada MASALAH, ianya adalah tumpuan kepada perkara-perkara yang ingin kita hindarkan!

So dear friends let's start focusing on the things that we want in life. The all positive things. The things that will bring success in life. Start loving our own life.

Salam Maal Hijrah. Semuga tahun ini adalah lebih baik dari tahun sudah.

Signing off

faizah bazid
Presiden Kelab Prihatin Selangor

26 November 2011

Be Present...

Be present... in life many a time we overlook to be present! Physically we are at one place but emotionally we are somewhere else. Why don't we BE at the place where we physically are.

Hadhirkan diri kita di dalam kehidupan ini. Enjoy the place and the people around us. Life would be better.

Signing off

faizah
President Kelab Prihatin Selangor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...